Monday, 13 April 2015

PENGENALAN SINGKAT KAUM LUNDAYEH

LUNDAYEH berasal dari perkataan orang ulu jika diterjemahkan dalam bahasa Malaysia. Lun= Orang,  Dayeh= Ulu. Lundayeh juga mempunyai maknanya yang tersendiri iaitu orang asli yang tinggal di bawah air terjun atau pun orang asli yang tinggal di ulu sungai. Kaum Lundayeh ini pada dasarnya adalah kaum yang menetap secara tidak tetap. Kaum ini berpindah ke satu tempat ke satu tempat apabila tiba masanya. Ini disebabkan kepercayaan kuno masyarakat ini yang berdasarkan nasib yang diberikan oleh burung. Kaum ini juga mempunyai kepercayaan kepada semangat haiwan, dimana mereka percaya kepada nenek moyang mereka yang telah berubah menjadi buaya putih dan melindungi kaum ini.